Wednesday, November 30, 2011

Kemo Oh Kemo ... yang Terakhir

Oh ya ... dalam posting sebelum ni, lupa ... Hari Isnin cuti Awal Muharram. Nak menyenangkan hati lagi, maka aku, Wati dan Wani pergi ke saloon menemani Wani dan Wati nak potong rambut, cuci dan buat treatment - Rambut Wani dah rosak sebab buat rebonding dulu!!! Kena buat treatment. Wati pulak bahagian hujung rambutnya rosak - kuning dan pecah-pecah. Bila jalan-jalan macam ni, dapat ke meredakan gelisah hatiku nak menempuh kemo ni? Sikit-sikit tu bolehlah. Untuk menghilangkan hati 'sesak' sangat, kena banyak-banyaklah beristighfar dan berdoa ...

Semalam, pagi-pagi lagi aku dan abang (anak lelakiku) telah keluar dari rumah ke HKL. Abang kena hantar kali ni kerana ada masalah parking di tempat yang kami selalu parking, dan abang terpaksa tunggu dalam kereta nanti - Wati takut ... (Sebelum tu hari Jumaat dah ambil darah untuk ujian, konon-kononnya nak cepat selesai pada hari pertama kemo. Minggu lepas, lama sangat tunggu keputusan ujian darah, nak jumpa doktor dan baru kemo. Dah tunggu lama-lama macam tu kena tangguh lak bila darah putih rendah sangat! Harap-harap kali ni tak macam tu.

Selalunya bila cuti sekolah, jalan tak jam tapi jangkaanku meleset. Rupa-rupanya jalan sesak jugak! Dah jam dan boring sangat, aku sempatlah snap gambar dalam perjalanan tu ... Al-maklumlah, badan rasa segar. Belum tahu lagi lepas kemo ... Aku memang menjangkakan akan melepek lepas kemo pada hari pertama, kerana daripada pengalaman sebelum ni, hari pertama aku memang melepek. Sebab apa? Kerana terlalu lama menunggu nak jumpa doktor, baru dapat menjalani kemo. Tambahan pula, selalunya hari pertama pesakit  memang ramai di day care tu.

Dalam perjalanan, jam
Sambil tu sempat snap gambar suasana KL
Sampai HKL lebih kurang pukul 8.15 pagi. Pukul 12.00 baru dapat jumpa doktor ... Ya Allah lambatnya. Aku dah mula lapar, lembik dan kepala mula berdenyut!! Alhamdulillah, aku dapat meneruskan kemo pada kali ini kerana darah putih 3.1. Pada masa yang sama aku memaklumkan kepada doktor tentang keputusan ujian darahku yang tidak baik pada liver. Doktor menyuruh ambil darah sekali lagi untuk mengetahui keadaan liverku. Lepas selesai ambil darah, baru dapat kemo. Pukul 2 pm baru selesai. Kesian abang yang begitu lama menunggu di parking. Masuk jer kereta aku terus boom, sampai ke rumah. Sampai rumah, lepas solat Zohor aku terus sambung boom lagi.

Petangnya bangun, ya Allah kepala lagi sakit dan selera pun tak ada. Tapi aku makan jugalah sedikit sup yang telah disediakan oleh Wati, dan sambung boom balik lepas solat Maghrib. Memang aku rasa tak larat dan lembik sangat. Bangun-bangun, tengok dah pukul 9.30 malam. Lama juga aku tidur. Aku solat Isya', makan dan tidur balik selepas makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Dah lama tidur, susah pulak nak lena. Bangun semula minum susu suam, dan tak tahu pukul berapa lena. 

Hari ni ... Rabu, 30 November 2011, aku bangun dengan perut lapar dan kepala berdenyut lagi ... badan pun lemah lagi. Ya Allah, bagaimanalah aku nak menempuh kemo pada hari ni dalam keadaan badanku yang begini. Selepas solat subuh, cepat-cepat isi perut dan makan ubat, tetapi badan masih lemah dan lembik. Bersiap dan pergi jugalah untuk sambung kemo hari ni. Pada hari ni, abang dan Wati yang menghantarku ke HKL. Ingatkan keluar lewat sikit taklah jam sangat, tapi rupa-rupanya sama juga seperti semalam. Sampai di HKL pukul 9.15 am, dan mereka terus menjalankan kemo untukku. Dalam pukul 10 am dah siap!!! Alhamdulillah, cepat selesai.

Semasa menjalani kemo tu, sempat berborak dengan seorang cancer survivor yang telah menghidap kanser payudara lebih setahun lamanya. Mak cik ni datang dari Segamat, dan akan menjalani kemo lebih 10 cycles. Yang mengkagumkan aku ialah semalam beliau datang dari Segamat dan menginap di rumah sedara di KL. Beliau menyatakan selepas kemo, beliau suami isteri akan naik train dan teksi ke stesen bas, kemudian naik bas ke balik Segamat. Katanya dia tak ada anak nak hantar dan ambil, maka suami isteri sahajalah. Aku kagum dengan kekuatannya menempuhi kemo dengan badan yang begitu fit sehinggakan boleh balik ke Segamat naik bas!!! Allahuakbar, Allah itu maha megasihani akan hamba-Nya yang dalam kesusahan ... Sesungguhnya aku amat besyukur dengan keadaanku ... ramai orang yang lebih teruk dan susah lagi ...

Balik, kami singgah di Old Town White Coffee di Bangi sebab kami dah kelaparan - Yana dan Wani datang join. Kami pun menjamu selera ...
Makan roti dan teh tarik jer, tak berapa fit tu. Muka poyo!
Selepas tu kami menjamu mata pula ke kedai Al-Ihsan. Hai, maklumlah aku tak lembik macam semalam, walaupun kepala ni 'toing' toing' jugak sikit-sikit tu - tak boleh layan. Jamu-jamu mata pun beli jugak kasut idaman Wani, dan aku pulak kena selipar sepasang!!! Taraaa ...

Selipar untukku dan kasut untuk Wani
That's all for today. Harap-harap besuk pergi HKL tak jam dan aku tak lembik ... unpredictable ... macam biskut ... sekali ok, sekali ko!!!

3 comments:

  1. Terima kasih Asiah, dpt gambaran jelas rawatan kemo yg Asiah perlu lalui. 1 jam. Agaknya nasib kami kanser darah teruk sikit, hingga lima jam. Lepas tu dah tak dpt bau makanan. sebut nasi pun dah nak muntah belum tgk benda lagi. Asiah you will recover ok. Insya ALlah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih teh ... memang kawan saya kanser darah, teruk rawatan yang perlu dihadapi. Saya ni memang ringan. Insyaallah, harap-harap kita semua akan recover daripada penyakit yang kita hidapi ini. Dalam duka ada suka, dalam sengsara ada bahagia. Banyak hikmah daripada-Nya dengan segala apa yang kita hadapi ini. Berdoa dan bersyukur walaupun kita sakit mengahadapi ...

    ReplyDelete
  3. I can only say 'stay hopeful of His grace', and wish you and others like teh515 all the best.

    ReplyDelete