Friday, November 25, 2011

Darah ... Darah ...

Argghh ... hari ni pagi-pagi lagi dah gerak ke HKL untuk ambil ujian darah. Kalau ujian darah ok, terutamanya sel darah putih (WBC), hari Selasa bolehlah diteruskan buat kemo yang tertangguh; tersangkut dek kekurangan sel darah putih (kalau  tak, hari ni dah hari terakhir kemo tu). Harap-harap kali ni oklah, supaya cepat habis kemo ... Letih dah nak memikirkan dan nak menempuhi kemo. Nasib baik 6 cycles jer ... kalau 12 cycles (kalau tak silap ditentukan semasa di KB) macam manalah agaknya? hohoho ... tak nak fikir benda tu ...

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi. Abah tak ada ni, teman setia dan yang sentiasa mengiringiku ke hospital atau menjalani rawatan, tak lain tak bukan ialah Wati. 'Orang' yang melihat kami keluar ialah kucing kami yang sangat comel dan manja, Kitty ...

Tengok comelnya dia kan
Bye, bye ...

Dalam perjalanan, kesesakan lalu lintas di kawasan Kajang, Bangi dan tol Sungai Besi tidaklah teruk sangat; mungkin disebabkan cuti sekolah. Kami seronok sebab jalan tak tersangkut-sangkut, dan terus masuk jalan Smart Tunnel. Tapi, hampir sampai ke hujung Smart Tunnel, rupa-rupanya kami tersangkut juga dalam tunnel tu! Ish, bila keluar dari tunnel, tengok jalan kat atas  (luar tunnel) lagi teruk jam!!! Nasib baik juga kami ikut jalan dalam tunnel.

Sampai HKL dalam pukul 8 lebih. Wati 'cicir'kan aku di klinik onkologi dan terus pergi parking kereta. Selalunya, kalau untuk ambil ujian darah jer tak lama. Aku terus masuk ambil nombor. Yeah ... nombor 3, dan petugas sedang memanggil nombor 2. Tak lama kemudian, nombor 3 di panggil dan aku pun masuk; dalam hati janganlah ada masalah darah tak keluar bila dicucuk nanti. Aku cakap kepada petugas yang darahku ni dah selalu merajuk nak keluar dah. Dah penat darah tu agaknya asyik kena sedut jer! 

Bila petugas cucuk di pelipatan lengan, darah tak keluar langsung! Terpaksa cabut jarum semula dan tutup dengan plaster. Petugas cuba cucuk di tangan pula. Selalunya cucuk kat tangan ni sakit sikit, tapi bertahan jerlah. Alhamdulillah ... keluar juga darah bila disedut tu, walaupun lembap sikit. Well, it's done ...

Bila dah selesai, aku menelefon Wati yang baru nak parking supaya 'mengutip'ku balik di klinik onkologi. Kami terus balik. Sampai di Kajang (Sungai Ramal), kami singgah di klinik keluarga kami untuk melihat dan mengambil ujian darah yang aku buat di sana pada hari Selasa, sehari selepas aku buat ujian darah di HKL masa tak jadi kemo tu. Hatiku berdebar-debar juga memikirkan bagaimanalah keputusan ujian darahku itu. Ok ke tak ok ESR, WBC count, dan kolesterol, terutamanya WBC count ... Doktor memberikan komen kolesterol tinggi dan keputusan pada liver menyebabkan tanda tanya, tapi doktor tak dapat memberikan pandangan yang terperinci, cuma ... something is wrong. Tak apalah, yang penting aku tahu keputusan terperinci ujian darah. Nanti aku boleh bertanya kepada oncologist.

Selepas selesai di klinik, kami terus ke Bandar Baru Bangi nak mengisi perut kerana dah tengah hari. Kami singgah di Old Town White Coffee. Aku memesan mi kari dan teh tarik, dan Wati memesan mi hoon goreng, sup Wan Tan dan honey lemon tea. Nyum ... nyum ...

Nyum, nyum...mi kari
Semasa masih dalam rawatan ni, aku berani jugalah nak makan 'sebarangan' tu sikit. Dah selesai rawatan nanti, aku mesti menjaga disiplin pemakananku, dan rajin bersenam. Mudah-mudahan dah sihat nanti aku tak lupa diri tentang makan, supaya kanser tidak berulang balik. Lepas makan, kami pun terus balik. Aku pun dah keletihan. Sampai rumah ... booom sekejap sebelum masuk waktu Zohor.

Selepas solat Zohor, aku meneliti keputusan ujian darah yang baru aku ambil dari klinik tadi, dan membandingkan dengan yang sebelum ni. Aku melayari internet untuk memahami implikasi setiap item daripada keputusan ujian itu.

Bila tengok, blood test as at 22 November 2011 (berbanding dengan yang sebelum ni as at 12 September 2011) ... Semua nampak ok, kecuali yang berikut ...

Haematology:
  •  ESR ok, iaitu 20 mm/hr berbanding sebelum ni, iaitu 40 mm/hr (normal, 0-20 mm/hr).              
  •  Platelet count ok, iaitu 256 berbanding sebelum ni, iaitu 403 (normal, 150-400). 
  •  WBC masih rendah, iaitu 3.5 tetapi lebih baik daripada sebelum ni, iaitu 2.9 dan minggu lepas di HKL 0.4, sampai tak jadi kemo ( normal, 4.0-11.0).
Kidney Function Test:
  • Uric acid tinggi sikit, iaitu 0.35, tetapi rendah sedikit daripada sebelum ni, iaitu 0.41 (normal, 0.14-0.34).
Lipid Profile:  Woo ... Woo ... tinggi!
  • Total cholestrol tinggi, iaitu 5.8 mmol/l berbanding sebelum ni, iaitu 4.4 mmol/l (normal, <5.2 mmol/l).
  • HDL tinggi, iaitu 1.41 mmol/l; sebelum ni pun tinggi, iaitu 1.08 mmol/l (normal, <1.04 mmol/l).
  • LDL tinggi, iaitu 3.1 mmol/l, berbanding sebelum ni, iaitu 2.3 mmol/l (normal, <2.6 mmol/l).
  • Triglycerides tinggi, iaitu 2.9 mmol/l; sebelum ni pun tinggi, iaitu 2.3 mmol/l (normal, <1.7 mmol/l).
  • Total/HDL Ratio ok, iaitu 4.1, sama dengan sebelum ni (normal, <5.0).
  • hs-Reactive Protein ok, iaitu 3.0 mg/l, berbanding sebelum ni, 5.4mg/l (normal, <4.7 mg/l).
Liver Function Tests: Woo ... Woo...ada yang tinggi!!
  • Total protein, Albumin, Globulin, A/G ratio dan total Bilirubin, semua ok,
  •  Alkaline Phosphatase tinggi, iaitu 164 iu/l, berbanding sebelum ni, iaitu 95 iu/l (normal, 39-117 iu/l
  •  SGOT (AST) tinggi, iaitu 85 iu/l, berbanding sebelum ni, iaitu 30 iu/l (normal, 0-40 iu/l).
  •  SGPT (ALT) tinggi, iaitu 103 iu/l berbanding sebelum ni, iaitu 12 iu/l (normal, 0-53 iu/l).
Apabila dibuat analisis ... 
  • ESR tidak merisaukan kerana apabila aku melayari internet aku mendapati "woman over 50 years should be <30 mm/hr. Yeah ... aku 20 mm/hr). 
  • Daripada Lipid Profile tu, memang dari dulu lagi tinggi, dan doktor telah pun subscribes Lipitor 10 mg untukku. 
  • Alkaline Phospatase tinggi yang memberi petunjuk (daripada internet), eating fatty meal for O and B blood group (kumpulan darahku tu). Ia juga memberi petunjuk kemungkinan liver disease/liver cancer!!!  Ya Allah, jauhkanlah liver cancer ...
  • SGOT tinggi pun disebabkan oleh liver or heart damage. Ish ... 
  • SGPT yang tinggi pula disebabkab high blood lipid level dan taking cholesterol lowering pil
Daripada hasil ujian kedua-dua untuk kolesterol dan liver tu, memang salah aku yang banyak mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Untuk liver tu, kalau disebabkan lebih ambil kabohidrat atau mengambil ubat lain ok lagi. Yang merisaukan ialah kalau-kalau sel kanser dah merobek liver aku pulak, sebab bagi penghidap kanser kolorektal, matastasis yang pertama ialah liver!!! huhuhu ... Ikhtiar, berubat, berdoa dan tawakkal jerlah ... Semuanya adalah atas kehendak dan izin Allah juga.

5 comments:

  1. Saya rasa sungguh kagum dengan ketabahan dan kesabaran yang puan tunjukkan dalam penulisa doblog ini. Sepatutnya orang kurang masalah yan dialamai puan merasa kenikmatan tubuh yang sehat - beramal membuat sesuatu yang berguna.

    Saya sama sama berdoa semoga Tuhan menambah lagi kekuatan puan menjalani rawatan dan, dengan izin Nya puan akan berjaya memengi hikmat dari jubaan hidup.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Al-Manar atas doa dan dorongan semangat yang diberikan kepada saya. Insyaallah, apa-apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hamba-Nya, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum. .bagaimana dengan keadaan puan sekarang?

    ReplyDelete
  4. saya juga mengalami masalah yg sama..iaitu ALT dan AST saya agak tinggi iaitu ALT = 80 dan AST = 38..tak tau nak describe camne sbb..rasa macam ade masalah dengan liver...ade appointment dengan dotktor bulan depan dan baru saja amik darah bagi tujuan hepatitis checking..

    ReplyDelete
  5. Salam , saya nk minta pendapat ,mcm mna nk kurangkan platlet count ke kadar normal ..

    ReplyDelete