Thursday, November 24, 2011

Exercise and Going Organic

Pada hari Isnin, apabila kemo ditangguhkan hingga ke minggu depan, serba sedikit ia menggembirakanku kerana perasaanku agak kalut dan tidak bersedia untuk menempuhi kemo pada kali ini, berbanding dengan yang lalu-lalu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi begitu, sedangkan sebelum ini prosedur rawatan yang kulalui lebih berat dan kesannya lebih teruk; seperti selepas pembedahan dan radioterapi yang lalu ... Abah cakap, aku bukan kalut nak menempuhi kemo tu, tetapi terlalu memikirkan kesan sampingannya nanti - badan sihat, tetapi macam saja-saja mencari sakit bila buat kemo!! Memang ada benarnya apa yang Abah cakapkan tu. Sebenarnya, prosedur kemo tu sendiri pun merimaskan ... kena cucuk dan ada jarum yang mencucuk kat chemoport dengan wire yang menempel kat dada. Tak apalah, kalau buat kemo kat KB atau duduk wad ... macam mana ... lagi berat rasanya. Regim kemoku ni pun yang ringan.

... Apa-apalah ...

Apabila balik, hatiku berasa agak cemas kerana memikirkan count darah putihku terlalu rendah, iaitu 0.4, sedangkan julat count yang normal ialah 4.0 - 11.0!! Aku tak tahu di mana silapnya, kerana dari segi makan, tiada masalah dan berat pun  bertambah. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada tubuhku ini. Rasa-rasanya aku ni kurang bersenam selepas kemo yang lalu dan tidak menjaga sangat pemakanan - kurang makan sayur dan buah. Aku banyak makan makanan yang tinggi karbohidrat, sedangkan pergerakan fizikal kurang! Perutku pun naik, badan rasa berat, cepat penat dan sukar nak tidur ... Tubuhku memberikan isyarat kepadaku supaya mengambil perhatian terhadap tubuhku. Sahabatku Has menjangkakan mungkin terdapat gangguan pada sistem penghadamanku, tetapi aku tidak pula mengalami sembelit atau cirit-birit. Has menasihatiku supaya membuat ujian darah yang lebih terperinci, kurangkan pengambilan karbohidrat, makan telur penyu/ayam kampung dan lakukan senaman. 

... Sesuatu mesti dilakukan ... 

Aku berazam untuk melakukan senaman semula setiap pagi dan menjaga pemakanan dengan mengambil makanan organik, dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Sebagai permulaan, pagi semalam aku minum air kosong segelas, dan mula melakukan senaman - pernafasan, stretching, Qi Gong dan lain-lain. Dapatlah 15 minit ... 15 minit jer! hehehe. Selepas itu, aku berkemas rumah yang menjadikanku berpeluh - menyapu, mengemop ... Kemudian, aku mengambil sarapan dengan 2 biji telur dan kopi susu. Memang rasa badan segar sedikit. Selepas itu, aku ke klinik untuk membuat ujian darah yang lebih terperinci, dan dijangkakan keputusannya dapat pada esuk hari atau lusa. 

Mengidam nak beli ni, tapi tak mampu ... jalan kat padang jerlah ...
Pada hari ni pun aku melakukan rutin seperti semalam, diikuti dengan membasuh kereta yang tidak kotor! Tujuannya, supaya badan bergerak dan berpeluh. Wah, memang menitik-nitik peluh dibuatnya ... mudah-mudahan keluarlah bahan toksik daripada tubuhku melalui peluh, dan lagi segarlah badanku. Kemudian, aku dan anak-anak pergi ke Jusco Saujana Impian untuk membeli sayur (of course organic)  dan buah (none is organic). Tempat tu tak ramai orang. Kalau tidak, aku sendiri tak berani juga berkunjung ke sana dengan status kesihatanku sekarang.

Sampai di Jusco, kami pergi ke Celcom booth dulu untuk update package Celcom Wati, dengan bantuan anak sedara yang bekerja di sana. Sambil-sambil tu menelek jugalah HP yang ada di situ. Ish ... terliur pulak tengok Samsung Galaxy Note, dan rasa nak beli jer ... Urut dada ... sabar, sabar, jangan ikutkan nafsu!

Canggih dan sesuai untuk orang veteran sepertiku - besar
Memandangkan hari pun dah tengah hari, kami lunch dulu di Old Town White Coffee. Aku taklah lapar sangat; cuma Wati dah terigin nak pekena kopi kat situ lagi ... ikutkan ajelah.  Lepas makan, barulah kami masuk ke supermarket ...

Semasa nak balik, opps ... nanti dulu ... ternampak pulak sebuah kedai, Natural Health Farm (NHF); ada poster organic foods. Aku dan Wati pun masuk meninjau apa yang ada. Memang kedai tu menjual makanan organik yang pelbagai - roti, cereals, jus, susu, supplements dan lain-lain. Aku pun belilah prun, jus dan kicap organik. Tuan kedai pulak menasihati aku menjadi ahli seumur hidup, yang membolehkan aku membeli produk dengan potongan harga sebanyak 10-21%. Memandangkan bayaran untuk membership sebanyak RM30.00 sahaja, dan melihat barang-barang di kedai itu memenuhi keperluanku dari semasa ke semasa serta dekat pula dengan rumah, maka aku pun jadilah ahli. Apabila menjadi ahli, dapatlah katalog dan  supplemet Bio Organix, iaitu sejenis fibre cum supplements yang baik untuk colon, secara percuma

Kedai organik, yang akan menjadi tempat kunjunganku nanti tu ...
Supplement, fibre yang baik untuk colon
Bila dah jadi ahli, dapatlah aku membeli produk organik ni dengan potongan sebanyak 10%.
Saja beli untuk mengunyah sambil tengok TV
Dah lama juga nak cari lemon juice organik (diminum dengan campur air)
Rangkaian 3 jenis jus yang dicampurkan untuk diminum (campur air)  pada waktu pagi
Kicap organik 

3 comments:

  1. Kalau rajin tu share la lagi info makanan organic ni, saya tak pernah ambik pusing bab ni,tapi memandangkan hari kian meniti senja ni rasa perlu menjaga juga kesihatan apa lagi dah mula rasa lenguh sana lenguh sini. Dapat info dari pengamal lagi baik

    ReplyDelete
  2. Insyaalah Wan ... akak sentiasa terbuka untuk berkongsi apa-apa yang sepatutnya untuk kesejahteraan bersama. Sayur oragnik dah banyak dijual di pasar raya dah. Kalau tak ada pun, sayur biasa tu rendam dengan garam dulu selama 3 jam supaya ganah kimianya hilang, atau rendam dengan cuka leboh kurang setengah jam. Untk antioksidant buat sendiri, pagi-pagi blend jer apel hijau+carrot+celery. Celery tu bagus untuk melancarkan penghadaman dan membersih kolon. Wan boleh follow blog selfprescription.blogspot.com ... banyak tips daripada pakar psikologi ni (penulis yang dah jadi sahabat baik akak) yang menghidap kanser payudara dan suaminya kanser kolon. Beliaulah yang banyak membantu akak menghadapi cabaran penyakit kanser ni

    ReplyDelete
  3. Jazakallah atas info berkenaan,insyaAllah akan dibuat amalan

    ReplyDelete