Tuesday, June 5, 2012

Pemeriksaan Susulan Kedua

Semalam, 4 Jun 2012, ialah pemeriksaan susulan yang kedua selepas selesai rawatan radio dan kemo (rawatan susulan pertama ialah pada 16 Mach 2012). Sebelum pergi ke HKL, pada hari Rabu terlebih dahulu aku membuat pemeriksaan darah di klinik keluargaku untuk menjimatkan masa mengambil darah dan menunggu keputusannya di HKL nanti. Pada hari Jumaat, keputusan darah telah sampai. Alhamdulillah, semuanya nampak ok kecuali kolesterol tinggi:

                 Total cholesterol tinggi - 7.1 (sepatutnya <5.2), 
                 HDL ok - 1.28 (>1.04),  
                 LDL sangat tinggi - 5.2 (sepatutnya <2.6), 
                 Triglycerides ok - 1.4 (<1.7) 
                 Total/HDL ratio tinggi - 5.5 (sepatutnya <5.0)

Melihat pada keputusan tu, perkara ni tak boleh diambil mudah. Sebenarnya, selepas pemeriksaan susulan yang pertama dulu, aku mengambil ubat kolesterol, Lipitor 10mg.  Apabila ubat habis aku tak pergi ke klinik lagi mengambil bekalan tetapi aku pergi ke fitness center. Seboleh-bolehnya aku tak mahu mengambil ubat tersebut. I want to heal myself naturally. Aku juga menjadikan diriku sebagai sampel eksperimen untukku sendiri sama ada aku berjaya menurunkan kolesterol dengan banyak melakukan physical exercise. Aku berasa sihat dan susut badan. Aku rasa yakin kolesterol turun. Namun, nampaknya eksperimenku tak berjaya! Nampak gaya aku terpaksalah jugalah mengambil Atorvastatin Calcium 10mg dan mengawal pemakanan dengan lebih tegas. 

Di HKL, selepas mendaftar dan sementara menunggu giliran berjumpa doktor onko, aku flush chemoport dahulu. Excited dapat berjumpa orang-orang yang telah melakukan kemo terhadapku dulu. Semasa flushing chemoport, hai muncul kembali saat-saat sengsara menempuh kemo dan menghadapi kesannya dahulu. Ya Allah, janganlah kanserku aktif kembali!!!

Selesai flushing, terpaksa menunggu lama lagi nak berjumpa doktor. Hampir lunch baru dapat berjumpa doktor, itupun bukan doktor onko yang biasa memeriksaku sebelum ini. Rasa upset juga sebab doktor yang kutemui semalam seperti tidak yakin. Selepas diperiksa, aku disuruh menunggu lagi ... katanya dia perlu berbincang dahulu tentang keadaan situasiku (dengan siapa aku tak tahu). Selepas itu, diberitahu bahawa CT/PET scan akan dibuat pada bulan November. Kemudian, kena tunggu lagi untuk mendapatkan MC ... Alahai ...

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana setakat ini keadaan kesihatanku baik-baik sahaja. Orang yang melihat ramai yang tidak percaya bahawa aku ini ialah seorang cancer survivor. Sehinggakan semasa aku menghulurkan buku pendaftaran untuk pemeriksaan, penjaga kaunter bertanya, "Mana pesakitnya?" Kemudian, dia perasan sendiri dan cakap, "Puan sendiri pesakit ye?" Hahaha ... lucu ... Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan kesihatan yang baik kepadaku dan keluargaku. Aku tak sanggup lagi nak menepuhi semua rawatan yang pernah kutempuhi sekiranya penyakit ini berulang atau pergi ke bahagian lain organku ...

Balik rumah terasa letih. Lepas solat Zohor, apa lagi ... booom, hit the pillow. Malamnya, keluar dengan anak-anak menonton wayang "Snow White and The Huntsman" ... Hari ni berehat-rehat saja di rumah sebelum memulakan rutin harian ke gym pada esuk hari ... Dah biasa exercise, bila miss rasa tak sedap badan!!! Semoga Allah sentiasa mempermudahkan ... Amin ...

Saturday, April 14, 2012

Membakar Kalori

Pada hari Isnin aku dan anak-anak mula melakukan senaman di Pusat Kecergasan, di The Mines Shopping Center. Semasa kami sampai, kedai-kedai belum buka lagi dan rasa seronok sekali. Mula-mula masuk ke Pusat Kecergasan, rasa agak kekok tetapi kami buat selamba sahaja. Kami buat warm up dengan melakukan QiGong dan sedikit stretching exercise menggunakan peralatan yang ada di situ. Kemudian, kami melakukan senaman atas threadmill. Fuh, tercungap-cungap dibuatnya. Begitulah rutin kami hingga hari Jumaat. Paling banyak kalori yang dapat ku bakar ialah 500 kalori. Rasanya dah cukup bagus tu, dan aku berazam untuk membakar lebih banyak lagi kalori pada masa yang akan datang. 

Semalam (Jumaat) aku terasa berat nak pergi gym kerana terasa penat setelah tiap-tiap hari ke sana. Aku kuatkan semangat kerana jika tidak nanti stamina akan hilang. Aku  berjaya membakar lebih kurang 250 kalori sahaja dan kemudian buat senaman yang ringan-ringan sahaja. Apabila balik ke rumah, memang terasa penat tetapi aku dan Wati perlu pergi ke UPM untuk menghadiri rehearsal persembahan QiGong untuk Healthy Lifestyle Day yang akan berlangsung pada 21 April 2012 nanti. Seronok bila buat QiGong beramai-ramai begitu dan aku terasa hilang penat bila melakukannya walaupun kelihatan tidak berapa teratur pergerakan. Sasaran pada hari persembahan nanti ialah 1000-1500 orang dan program itu hendak dimasukkan ke dalam Guinness World Record. Balik ke rumah barulah aku berasa penat semula dan terpaksa tidur awal. 

QiGong beramai-ramai di UPM
Pada pagi ini, aku dan Wati pergi ke Taman Tasik Cempaka, Bangi, untuk berlatih QiGong bersama-sama survivors yang lain, walaupun aku berasa penat dan sakit kepala. Insyaallah, penat dan sakit kepala akan hilang selepas buat QiGong nanti. Sampai di sana, alamak ada beberapa orang jer datang. Kami buat sahaja latihan sebagai senaman untuk diri kami. Berpeluh-peluh juga dibuatnya ... Kebetulan aku dan Wati tidak berhasrat nak pergi ke gym pada hari Sabtu dan Ahad, maka latihan pada hari ini cukup juga untuk mengeluarkan peluh, dan besuk kami perlu berehat memandangkan hari Isnin kami dah mula buat work out di gym dengan bimbingan personal trainer.

Ahli KanWork berlatih QiGong di Taman Tasik Cempaka

Saturday, April 7, 2012

Menjengah Pusat Kecergasan (Fitness Center)

Hari ini aku agak keletihan kerana dari pagi hingga petang masa terisi sepenuhnya, tetapi amat menyeronokkan. Pada paginnya, terasa malas dan berat hendak menghadiri program Qi Gong kerana letih berjalan malam tadi masih lagi terasa apabila bangun pagi ini. Akan tetapi, memikirkan gerakan Qi Gong sebenarnya boleh memulihkan tenaga, maka aku mengambil keputusan untuk pergi juga dengan Wati. Sampai di Taman Tasik Cempaka, kami mendapati program telah bermula dan dihadiri oleh ramai ahli. Oh! hilang rasa keletihan, dan terus join mereka. Hari ini latihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan lebih lama berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini. Fuh ... berpeluh-peluh dibuatnya, dan lenguh kaki serta lututku, tetapi amat menyeronokkan. 

Kira-kira satu jam, latihan Qi Gong selesai. Terasa segar badan apabila peluh menitik-nitik keluar, dan setelah otot-otot digerakkan dengan gerakan dan tarikan nafas yang sistematik. Wati complaint lapar kerana sebelum datang Qi Gong kami hanya mengambil makanan pagi yang sangat ringan. Kami terus pergi ke Old Town White Coffee dahulu untuk mengisi perut, dan balik.

Sampai di rumah, bersiap sedia pula untuk keluar ke The Mines Shopping Center untuk menemani Wani menghadiri kelas pianonya. Sambil menunggu Wani, kami meninjau-ninjau kedai komputer kerana aku pun bercadang untuk membelikan Wani sebuah komputer riba apabila dia mula masuk ke universiti nanti (yang ada dah rosak!). 

Apabila Wani selesai kelas, kami pun saja-saja 'mengukur jalan' di kompleks tu, maka sampailah ke Celebrity Fitness Center. Kami pun masuk untuk meninjau dan bertanya. Hasratku untuk mendaftarkan Wati agar dia dapat release tension setelah penat melakukan kerja-kerja komiknya di rumah. Memandangkan Wati pelukis bebas komik yang bekerja di rumah jer, aku berasa kesian apabila dia jarang keluar. Dengan mendaftarkannya di fitness center ni dapatlah dia keluar dan menjadi lebih aktif dari segi fizikal.

Di Celebrity Fitness Center 

Cadangan kami nak bertanya jer dulu. Seorang fitness consultant datang memberikan penerangan kepada kami akan segala apa yang ada dan ditawarkan di situ. Kami dibawa melawat dan melihat segala peralatan dan kemudahan yang ada di situ.

Untuk mendapatkan kepastian tahap kesihatan fizikal kami, maka kami semua diberikan khidmat dan kemudahan untuk memeriksa BMI, BMR, lemak dan otot di dalam badan kami. Wani dan Liyana tiada masalah sangat, tetapi aku dengan Wati, ya Allah menakutkan. Kandungan lemak (Viseral fat) kami begitu tinggi iaitu 12, sedangkan Wani dan Liyana 1 sahaja! Nisbah lemak berbanding dengan ketumpatan otot juga tinggi! Oh, tak boleh jadi. 

Setelah bacaan masing-masing diperoleh, kami membincangkan apa-apa khidmat yang boleh kami dapati jika mendaftar di situ, dan bayarannya. Memandangkan bayarannya munasabah, dan kami boleh masuk tanpa had waktu (kecuali penggunaan jurulatih peribadi), aku dan Wati mengambil keputusan untuk mendaftar dan menjalani latihan kecergasan di situ dengan khidmat jurulatih peribadi. 

Apabila semuanya selesai, haaaa ... lega ... Aku dan Wati akan memulakan latihan di sini pada hari Isnin. Mudah-mudahan dengan tindakan ini, aku dapat membuang lebihan lemak dan toksin di dalam badanku ini. Perkara ini perlu kerana terlalu banyak lemak yang berkumpul di dalam badanku ini bakal membawa padah kepadaku sebagai cancer survivor... Keluarlah semua toksin ... tidurlah sel-sel kanser dan jangan bangun-bangun lagi ... 

Friday, April 6, 2012

Kembali Semula kepada Diriku, dengan Corak Hidup yang Baharu

Lebih kurang 4 bulan selepas selesai menjalani rawatan, aku telah dapat mengatasi kejutan kedua seperti yang telah aku nyatakan dalam entri yang lalu. Kini, fikiran dan perasaanku sudah settle. Beberapa perkara telah diselesaikan kerana sebelum ini fikiran masih bercelaru lagi untuk mengambil tindakan terhadap senarai semak yang ada di dalam kepala ini. Berkat kesabaran suami dan anak-anak melayan dan menghiburkanku dengan melakukan family outings beberapa kali, akhirnya aku kembali semula kepada diriku, tetapi dengan corak hidup yang baharu. Segala yang berlaku akan menjadi kenangan yang abadi dalam kehidupanku sepanjang hayat. 

Aku bersyukur kerana telah berjaya menempuhi pengalaman yang sangat berharga dan digeruni oleh ramai orang. Aku dapat merasai pengalaman CT dan PET Scan, kemoterapi, radioterapi dan dicucuk sana sini. Tidak dinafikan, semasa menempuhinya amat sakit dan sengsara. Akan tetapi selepas selesai, semuanya menjadi suatu kenangan yang amat berharga dan indah dalam hidupku. Kini, aku berasa selesa dengan 'kehidupanku yang baharu', dengan 'teman sejati' yang sentiasa berada di dalam diriku untuk mengingatkanku agar sentiasa menjaga kesihatanku dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kalau tidak dijaga nanti 'teman sejati' aku ini akan datang mengamuk! Tak sanggup lagi aku nak berulang-alik ke hospital dan mengalami kesengsaraan di'bakar', di cucuk dan darah sentiasa disedut!

Kini, aku telah menjadikan senaman berjalan sebagai rutin harian, dan menghadiri program Qi Gong setiap minggu bersama-sama survivor yang lain serta bukan survivor (sukarelawan persatuan kanser). Dari segi pemakanan, aku meneruskan amalan lebih banyak makan sayur, buah-buahan dan bahan antioksida. Aku tidak lupa mengambil herba antikanser yang ku dapati memang boleh membantu 'menidurkan' sel-sel kanser (dari penyelidikan internet dan rakan).

Dengan gaya hidup baharu dan kestabilan fizikal dan mental yang telah ku capai ini, maka aku telah dapat menyelesaikan beberapa perkara yang tersenarai dalam 'senarai semak' di mindaku. Setakat ini, aku telah menjalani 2 kali pemeriksaan susulan. Daripada pemeriksaan darah, semuanya ok kecuali kolesterol yang tinggi. Kemudian, aku telah selesai menyempurnakan borang yang telah dihantar ke ofis, dan menguruskan permohonan anak bongsu ke Institusi pengajian Tinggi (menunggu untuk mendaftar sahaja pada bulan Mei nanti).

Pada hari ini, satu lagi perkara telah diuruskan. Aku telah pergi ke HKL untuk mendapatkan pengesahan pihak hospital dalam usaha untuk menuntut bayaran wad dan MC daripada pihak insurans. Ingatkan selesai dan dapat dokumen pada pada hari ini juga, tetapi rupa-rupanya kena tunggu selama sebulan. Tak mengapalah, aku hanya menunggu dokumen tersebut daripada pihak hospital dan mengemukakannya kepada pihak insurans pula. Pada mulanya, aku berasa malas juga nak membuat tuntutan itu. Akan tetapi, apabila memikirkan 'sengsara' duduk wad dan aku layak memohon maka eloklah aku melakukannya, barulah berbaloi juga. Hampir 2 bulan duduk wad, rugi pula rasanya jika tidak membuat tuntutan.

Balik dari hospital, aku singgah di ofis untuk mengambil penyata bagi urusan income tax. Hasrat hati nak singgah sekejap sahaja, tetapi bila dah bertemu dengan rakan-rakan jadi lama; berbual-bual sebab dah lama tidak berjumpa dengan mereka. Malahan, tak sempat juga nak bertemu dengan sebilangan mereka. Memandangkan dah lewat, aku solat zohor dahulu di surau ofis baru bergerak balik. Memandangkan dah letih juga, kami tidak singgah di mana-mana dalam perjalanan balik. Sampai rumah ... haaa relaksnya ... I'm looking forward for tomorrow, and tomorrow and tomorrow ... 


Sunday, March 25, 2012

Pemeriksaan Susulan, Exercise, Qi Gong

Beberapa minggu yang lalu, terasa badan berat dan tidak berapa sihat. Makan pun banyak dan berselera sangat - banyak makan makanan berlemak dan bergula. Memang aku telah menjangkakan ada sesuatu yang tidak berapa baik dengan diri. Pada 12 Mac, semasa menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN), atas tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), memang keputusannya tidak baik.

Dalam ujian stress, aku bernasib baik kerana dapat juga melepasi tahap 2 dalam keadaan tercunggap-cunggap. Cepatnya berasa letih (dah lama tak exercise dan makan banyak pula!). Sejak selepas sakit dan menjalani rawatan ini pun memang aku mudah berasa letih. Dalam pemeriksaan darah pula, total cholesterol amat tinggi - 7.7! (HDL rendah dan LDL tinggi). Selain itu, asid urik juga tinggi, dan bilangan platelet rendah sedikit. Walau bagaimanapun, jantung, liver dan paru-paru semua baik. Sesuatu mesti dilakukan utuk menurunkan kolesterol ...

Pada masa yang terdekat, aku akan menjalani pemeriksaan susulan di HKL. Hal ini bermakna aku harus membuat pemeriksaan darah dahulu untuk dibawa ke HKL (untuk menjimatkan masa di HKL nanti; tidak perlu membuat pemeriksaan darah lagi). Aku ingin melihat setakat mana improvement apabila aku melakukan sesuatu ... Setiap hari aku melakukan senaman berjalan kaki, mengawal pemakanan dan mengambil Lipitor semula.

Dalam tempoh 4 hari sebelum ke HKL, aku membuat pemeriksaan darah di klinik. Apabila keputusan diperoleh, Alhamdulillah ... Bilangan platelet naik, asid urik pun turun dan total cholesterol turun kepada 6.0 - HDL telah naik dan LDL telah kurang. Aku menjadikan exercise berjalan kaki sebagai satu yang rutin. Semasa menjalani pemeriksaan susulan di HKL pun, oncologist mengatakan semuanya ok dan scanning akan dibuat pada bulan November yang akan datang. Aku sempat juga flush chemoport, setelah lebih kurang 3 bulan selesai rawatan kemo. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Sebenarnya, aku masih fobia dan 'sakit jiwa' memikirkan dan melangkahkan kaki ke hospital.

Pada minggu lepas, aku mengajak anak-anak berjalan kaki di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Dapatlah kami berjalan sebanyak 2 kali round. Dalam perjalanan balik, terserempak pula dengan 'orang kuat' KanWork (Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan), yang pernah aku temui pada Jamuan Hari Raya KanWork tahun lepas. Kami berborak panjang juga, dan alangkah ruginya aku terlepas program senaman Qi Gong yang diadakan pada pagi hari sebelum itu. Tak mengapa, aku akan pergi pada minggu berikutnya ...

NGO ini memerlukan peers support perempuan yang survived kanser kolorektal dan mempelawa aku untuk menyertainya. Setakat ini cuma ada yang lelaki sahaja. Sememangnya, kanser kolorektal sebenarnya lebih cenderung dihidapi oleh lelaki. Ramai wanita menghidap kanser payudara, ovari dan pelvis. Aku tidak menolak pelawaan itu, dan akan menemui ahlinya dalam program senaman Qi Gong seterusnya. Mereka begitu galak mengadakan latihan untuk acara bersempena dengan Healthy Lifesyle Day yang akan diadakan pada 21 April 2012 yang akan datang. Mereka juga akan mengadakan Fund Raising Dinner pada hari tersebut.

Brosur
Pada hari itu, akan diadakan senaman Qi Gong secara besar-besaran, Peer support, Health Screening dan Fund Raising Dinner. Semasa majlis makan malam, akan diadakan persembahan multimedia, pelancaran buku kanser dan persembahan oleh survivors. Harap-harap ramailah yang akan membeli meja/kerusi sebagai tanda sokongan ... Aku hanya dapat membantu dengan memasukkan brosur ini dalam Facebook, kerana saya memang lemah dan tidak berbakat dalam agenda 'menjual air liur'.

Pada pagi ini, aku dan anak sulung pergi lagi ke Taman Tasik Cempaka untuk menyertai senaman Qi Gong, di samping mengenali ahli KanWork dan survivors yang lain. Aku sampai awal, maka sementara menunggu mereka sempatlah kami berjalan sebanyak 2 kali round. Apabila mereka sampai, aku dan anak pun menyertai kumpulan senaman Qi Gong yang diajar oleh seorang gurunya. Walaupun gerakan senaman ini perlahan dan lembut, tetapi berpeluh-peluh dibuatnya.

Selepas bersenam, sempat pula berbual panjang dengan salah seorang breast cancer survivor berbangsa India. Beliau amat positif menghadapi penyakitnya dan akan suba membantu survivors lain untuk menghadapi kanser. Hal ini demikian kerana menurutnya dia bersendirian menghadapi penyakitnya dahulu, apa lagi berlaku pula recurrance

Walau bagaimanapun, penyakitnya telah mengubah dirinya daripada seorang yang kesaorangan kepada seorang yang sangat terbuka dan positif. Beliau bergerak bersama-sama NGO dan melakukan pelbagai yang disukainya. Semua yang mengembirakannya akan dilakukannya - dancing, cat walks and modelling (she's beautiful and has a nice cutting), teaching and giving talks about cancer. She really enjoys, loves and appreciates herself and her life ... Very inspiring. Aku tidak hairan melihatnya begitu ceria ... Harap-harap survivors lain mendapat semangat orang ini, dan aku pun teringin juga hendak memberikan sumbangan yang berpatutan kepada survivors lain, insyaallah ... Life is beautiful ... Alhamdulillah.