Saturday, April 7, 2012

Menjengah Pusat Kecergasan (Fitness Center)

Hari ini aku agak keletihan kerana dari pagi hingga petang masa terisi sepenuhnya, tetapi amat menyeronokkan. Pada paginnya, terasa malas dan berat hendak menghadiri program Qi Gong kerana letih berjalan malam tadi masih lagi terasa apabila bangun pagi ini. Akan tetapi, memikirkan gerakan Qi Gong sebenarnya boleh memulihkan tenaga, maka aku mengambil keputusan untuk pergi juga dengan Wati. Sampai di Taman Tasik Cempaka, kami mendapati program telah bermula dan dihadiri oleh ramai ahli. Oh! hilang rasa keletihan, dan terus join mereka. Hari ini latihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan lebih lama berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini. Fuh ... berpeluh-peluh dibuatnya, dan lenguh kaki serta lututku, tetapi amat menyeronokkan. 

Kira-kira satu jam, latihan Qi Gong selesai. Terasa segar badan apabila peluh menitik-nitik keluar, dan setelah otot-otot digerakkan dengan gerakan dan tarikan nafas yang sistematik. Wati complaint lapar kerana sebelum datang Qi Gong kami hanya mengambil makanan pagi yang sangat ringan. Kami terus pergi ke Old Town White Coffee dahulu untuk mengisi perut, dan balik.

Sampai di rumah, bersiap sedia pula untuk keluar ke The Mines Shopping Center untuk menemani Wani menghadiri kelas pianonya. Sambil menunggu Wani, kami meninjau-ninjau kedai komputer kerana aku pun bercadang untuk membelikan Wani sebuah komputer riba apabila dia mula masuk ke universiti nanti (yang ada dah rosak!). 

Apabila Wani selesai kelas, kami pun saja-saja 'mengukur jalan' di kompleks tu, maka sampailah ke Celebrity Fitness Center. Kami pun masuk untuk meninjau dan bertanya. Hasratku untuk mendaftarkan Wati agar dia dapat release tension setelah penat melakukan kerja-kerja komiknya di rumah. Memandangkan Wati pelukis bebas komik yang bekerja di rumah jer, aku berasa kesian apabila dia jarang keluar. Dengan mendaftarkannya di fitness center ni dapatlah dia keluar dan menjadi lebih aktif dari segi fizikal.

Di Celebrity Fitness Center 

Cadangan kami nak bertanya jer dulu. Seorang fitness consultant datang memberikan penerangan kepada kami akan segala apa yang ada dan ditawarkan di situ. Kami dibawa melawat dan melihat segala peralatan dan kemudahan yang ada di situ.

Untuk mendapatkan kepastian tahap kesihatan fizikal kami, maka kami semua diberikan khidmat dan kemudahan untuk memeriksa BMI, BMR, lemak dan otot di dalam badan kami. Wani dan Liyana tiada masalah sangat, tetapi aku dengan Wati, ya Allah menakutkan. Kandungan lemak (Viseral fat) kami begitu tinggi iaitu 12, sedangkan Wani dan Liyana 1 sahaja! Nisbah lemak berbanding dengan ketumpatan otot juga tinggi! Oh, tak boleh jadi. 

Setelah bacaan masing-masing diperoleh, kami membincangkan apa-apa khidmat yang boleh kami dapati jika mendaftar di situ, dan bayarannya. Memandangkan bayarannya munasabah, dan kami boleh masuk tanpa had waktu (kecuali penggunaan jurulatih peribadi), aku dan Wati mengambil keputusan untuk mendaftar dan menjalani latihan kecergasan di situ dengan khidmat jurulatih peribadi. 

Apabila semuanya selesai, haaaa ... lega ... Aku dan Wati akan memulakan latihan di sini pada hari Isnin. Mudah-mudahan dengan tindakan ini, aku dapat membuang lebihan lemak dan toksin di dalam badanku ini. Perkara ini perlu kerana terlalu banyak lemak yang berkumpul di dalam badanku ini bakal membawa padah kepadaku sebagai cancer survivor... Keluarlah semua toksin ... tidurlah sel-sel kanser dan jangan bangun-bangun lagi ... 

No comments:

Post a Comment