Saturday, April 14, 2012

Membakar Kalori

Pada hari Isnin aku dan anak-anak mula melakukan senaman di Pusat Kecergasan, di The Mines Shopping Center. Semasa kami sampai, kedai-kedai belum buka lagi dan rasa seronok sekali. Mula-mula masuk ke Pusat Kecergasan, rasa agak kekok tetapi kami buat selamba sahaja. Kami buat warm up dengan melakukan QiGong dan sedikit stretching exercise menggunakan peralatan yang ada di situ. Kemudian, kami melakukan senaman atas threadmill. Fuh, tercungap-cungap dibuatnya. Begitulah rutin kami hingga hari Jumaat. Paling banyak kalori yang dapat ku bakar ialah 500 kalori. Rasanya dah cukup bagus tu, dan aku berazam untuk membakar lebih banyak lagi kalori pada masa yang akan datang. 

Semalam (Jumaat) aku terasa berat nak pergi gym kerana terasa penat setelah tiap-tiap hari ke sana. Aku kuatkan semangat kerana jika tidak nanti stamina akan hilang. Aku  berjaya membakar lebih kurang 250 kalori sahaja dan kemudian buat senaman yang ringan-ringan sahaja. Apabila balik ke rumah, memang terasa penat tetapi aku dan Wati perlu pergi ke UPM untuk menghadiri rehearsal persembahan QiGong untuk Healthy Lifestyle Day yang akan berlangsung pada 21 April 2012 nanti. Seronok bila buat QiGong beramai-ramai begitu dan aku terasa hilang penat bila melakukannya walaupun kelihatan tidak berapa teratur pergerakan. Sasaran pada hari persembahan nanti ialah 1000-1500 orang dan program itu hendak dimasukkan ke dalam Guinness World Record. Balik ke rumah barulah aku berasa penat semula dan terpaksa tidur awal. 

QiGong beramai-ramai di UPM
Pada pagi ini, aku dan Wati pergi ke Taman Tasik Cempaka, Bangi, untuk berlatih QiGong bersama-sama survivors yang lain, walaupun aku berasa penat dan sakit kepala. Insyaallah, penat dan sakit kepala akan hilang selepas buat QiGong nanti. Sampai di sana, alamak ada beberapa orang jer datang. Kami buat sahaja latihan sebagai senaman untuk diri kami. Berpeluh-peluh juga dibuatnya ... Kebetulan aku dan Wati tidak berhasrat nak pergi ke gym pada hari Sabtu dan Ahad, maka latihan pada hari ini cukup juga untuk mengeluarkan peluh, dan besuk kami perlu berehat memandangkan hari Isnin kami dah mula buat work out di gym dengan bimbingan personal trainer.

Ahli KanWork berlatih QiGong di Taman Tasik Cempaka

2 comments:

  1. Wah seronoknya keluar peluh, ada personal trainer lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ini sajalah caranya untuk mendisiplinkan diri supaya bersenam sebagai satu rutin untuk menjaga kesihatan dan satu ikhtir untuk menghalang penyakit berulang ...

      Delete