Wednesday, November 7, 2012

Supplements

Sejak bulan puasa hingga hari raya puasa dan raya haji, disiplin pemakananku agar tergelincir. Apa lagi semasa bulan puasa dan raya puasa aku tidak ke gym. Selepas raya puasa aku ke gym sekali sekala sahaja. Lantas, badan dan fikiranku pun huru-hara juga jadinya, tambahan mendengar pula berita penghidap kanser meninggal atau kanser yang berulang. Ada pula seorang sahabat yang sudah menjalani pembedahan dan kemoterapi, tetapi kansernya seperti tidak surut - bacaan CEA masih tinggi dan kemo perlu diulangi lagi. Apabila  dilakukan pemeriksaan darah, doktor mengatakan darahnya tidak elok - bilangan hemoglobin dan platelet kurang - maka kemo perlu ditunda.

Semuanya itu seolah-olah menjadi lampu amaran kepadaku agar aku mengambil langkah berjaga-jaga dalam masa remission period ini. Silap haribulan, nah sel-sel kanserku mengganas semula! Ya Allah, janganlah. Memikirkan nak menempuhi rawatan itu menjadikanku sangat fobia. Sekarang ni, memikirkan nak pergi ke hospital menjalani pemeriksaan susulan sahaja pun aku tidak keruan dibuatnya! Huh, nak buat macam mana ... Sekurang-kurangnya apabila pergi pemeriksaan susulan itu dapat juga ditentukan status penyakit yang dihidapi ini. Setakat ini, insyaallah semuanya baik-baik sahaja ... harap-harap begitulah sampai bila-bila. Cuma pemeriksaan darah yang terakhir tempoh hari, liver ada yang tak kena sikit ... lantas aku mengambil langkah mencari supplements yang aku harap dapat membantu serba sedikit.

Dari dulu, selepas kemo aku memang mengambil Bioorganix dari NHF untuk membantuku mendapatkan serat. Setakat ini, rasanya bekalan serat daripada dietku tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, pembekal menasihatkanku supaya mengambilnya bersama-sama ProBio dari NHF juga, iaitu produk yang membekalkan bakteria yang bagus untuk kolon ...


Seorang sahabat penghidap pula mencadangkan aku mengambil French Pine Bark dari GNC, yang katanya baik untuk diambil oleh penghidap. Lantas aku terus pergi ke The Curve untuk mendapatkan produk ini (tak sanggup nak turun ke Midvalley di KL). Semasa aku mengunjungi GNC , sememangnya health consultant di sana mengatakan perkara yang sama, iaitu produk ini seperti 'memperbaiki' sel-sel yang telah rosak, terutamanya bagi kami penghidap kanser yang telah menjalani banyak rawatan radiasi dan keracunan daripada ubat kemo. Memandangkan aku telah lama selesai menjalani rawatan, aku hanya perlu mengambil sebiji sehari, tetapi jika masih menjalani rawatan kemo, ia perlu diambil 2 biji sehari supaya sel-sel yang rosak 'dibaiki' dengan lebih cepat...


Untuk lebih berkesan lagi, consultant tu mencadangkan aku mengambil French Pine Bark bersama-sama Time Release Triple C ...


Untuk melengkapkan pakej, consultant mencadangkan aku mengambil Vitamin E juga ...



Apabila aku consult pak cik Google, sememangnya French Pine Bark is a powerful antioxidant yang boleh membantu meningkatkan sistem imun di dalam badan. Ini dibantu oleh Vitamin C Time Release tu.

Berkaitan dengan liver pula,  doktor menasihatiku mencari vitamin untuk liver. Sahabatku mencadangkan aku membeli Milk Thistle dari GNC. Health consultant di GNC itu pun mencadangkan produk yang sama ...


Yang seronoknya, aku berkejar ke The Curve untuk mengunjungi GNC di sana. Beberapa hari selepas itu, semasa aku selesai melakukan work out di gym di The Mine Shopping Center, tiba-tiba ternampak ada GNC di The Mines rupanya! Hush ... lega, nanti nak beli produk yang dah habis tak perlu pergi jauh-jauh ke Damansara atau KL. Consultant di GNC The Mines mencadangkan juga aku mengambil Shark Cartilage, tetapi apabila aku baca profil produk ia tidak sesuai bagiku yang telah menjalani pembedahan walaupun produk itu sangat baik.

Sebelum itu, doktor tempat selalu aku sekeluarga mendapatkan rawatan umum mencadangkan aku mengambil Grape Seed capsul. Grape seed ini memang baik diambil oleh penghidap kanser. Sahabatku juga mencadangkan aku mengambil Clenx Tea untuk lawas buang air besar (sangat penting bagiku yang sering sembelit) dan minyak kelapa dara ... 


Pengambilan supplements ini adalah sebagai satu ikhtiar untuk membantu badanku bertahan terhadap penyakit yang dihidapi ini. Ia hendaklah disokong dengan pemakanan yang baik dan senaman untuk melengkapkan pakejnya. Setiap diri kita mempunyai rentak yang berlainan, maka terpulanglah kepada diri sendiri untuk merasai kesesuaian sesuatu produk itu untuk diri sendiri. Dalam semua hal aku memegang prinsip berikhtiar, berdoa dan bertawakal ... itulah sebaik-baik tindakan. 

Sekarang, aku cuba mengamalkan puasa berselang-seli (intermittent fastings) atau puasa Nabi Daud, seperti yang disarankan oleh sahabatku. Insyaallah, aku dapat merasai peningkatan yang positif terhadap kesihatan minda dan fizikal - terasa badan ringan dan perut yang mula naik dulu dah nampak surut sedikit. Perkara ini penting aku berikan perhatian supaya lemak di perut (viseral fat) yang memudaratkan itu hilang.

Selain itu, sahabatku juga mencadangkan aku mengamalkan ketogenic diet yang diasaskan oleh Elaine Cantin. Hohoho ... yang ini aku tak mampu nak buat lagi, kerana dietnya melibatkan lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan, tanpa protein dan karbohidrat. Tengoklah nanti ...  Cara exercise di gym juga perlu disemak semula kerana teknik exercise yang tidak betul akan sia-sia sahaja ... wallahualam ...

3 comments:

  1. Replies
    1. W'salam, memang banyak. Ini yang regular. Yang tak regular ialah herbs seperti teh pecah beling/pecah kaca, daun Bismillah, black seed, black seed oil dan buah raja satong ... Sebagai survivor kena bantu badan meningkatkan sistem imun badan melalui ikhtiar yang begini, insyaallah.

      Delete
  2. he he dok tengah tahan lapar ni; nekad makan satu meal aje, kol 11 pagi tadi makan (ari ni tak puasa)...ni baru 9.10 pm, nasi ada dalam periuk, lauk pauk ada atas meja..itu yang mencabarnya...kena tahan sebab esok nak jogging...so kira exercise masa fasting ler macam Dr. Mercola dok suggest...lepas jogging gi makan telur separuh masak 3 biji...air tanpa gula...kita kat kb minggu depan kerja hari rabu jer ari lain cuti..so puasa tangguh dulu

    ReplyDelete