Friday, July 20, 2012

Lemang untuk Menyambut Puasa

Semua umat Islam telah dimaklumkan puasa akan bermula pada Sabtu, 20 Julai 2012. Dalam keluarga kami, telah menjadi rutin bahawa setiap kali hendak menyambut puasa, telah menjadi kemestian kami membakar lemang, dan merendang daging dan ayam. Pada kali ini, semuanya bekerja. Kebetulan abah sedang berada di darat dan aku masih bercuti sakit, maka kami sekeluargalah yang in charge untuk membantu mak buat lemang dan rendang di kampung. 

Kami bercadang nak balik kampung semalam, tetapi memandangkan Wani ada kelas pada hari ini, kesian pula nak meninggalkan dia pada malam tadi. Jadi, pagi-pagi tadi kami bertolak selepas berkemas-kemas dan masak untuk abang (Zafhri) yang tidak dapat balik kampung kerana berniaga pada hari ini. 

Sampai di kampung, mak dah mula memasukkan beras dan santan ke dalam buluh. Aku dan Yana potong daging dan buat persediaan untuk masak rendang. Memandangkan mak dah siap isi beras ke dalam buluh, maka kami bakar lemang dahulu, kemudian barulah masak rendang daging dan ayam.
                                         
Lemang baru nak dilanggai
Dah hampir masak
Ayam baru nak ditenggek kat tungku
Lemang bawa balik ke KL
Rendang, bawa balik sikit jer

Bila lemang dah masak, kami makan masa panas-panas ... nyum, nyum ... Bila semua dah selesai barulah Wani dan adik bongsu sekeluarga balik. Selesai rendang daging, aku pun dah longlai, penat  dan panas... terus booom ... Dah lewat petang, kami balik KL. Hajat hati nak pergi Tarawih, tapi masing-masing semua dah terlalu kepenatan ... terpaksa dibatalkan ...

Hari ni rasa risau juga sebab aku dah melanggar pantang makan daging lebih sikit! Tak tahan melihat rendang daging tu sangat menggoda. Bila sampai rumah di KL, aku minta Wati blend carrot dengan limau kasturi untuk diminum. Mudah-mudahan jus ni dapat meneutralkan dan membuang kembali bahan-bahan yang tidak sesuai dengan diriku, yang telah ku makan tadi. Kejap lagi nak tidur, minum air rebusan raja satong, dan clenx tea ...

Besuk puasa. Mudah-mudahan kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah menerima semua ibadah kami dan semua umat Islam, dibulan yang penuh barakah ini. Semoga segala amal ibadah kami yang ditingkatkan pada bulan yang mulia ini akan berkekalan dan berterusan ... Aamiin ...

4 comments:

  1. Tengok lemang macam dah nak raya! Sedapnya, siap masak dengan kawah lagi!

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, rezeki dapat juga buat untuk sambut puasa kali ni. Mak Hisham tak berapa larat dah tu, sebab tu kena tolong. Dulu dia sendiri pun tak apa.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Selamat berpuasa kepada anda juga :) Terima kasih.

      Delete