Saturday, August 24, 2013

Colonoscopy

Setelah lebih dua tahun aku didiagnosis dengan kanser kolorektal... Pada hari itu, 21 Ogos 2013 (Khamis), aku menjalani prosedur colonoscopy sebagai surveillance after anterior resection pada tahun 2011. Sebenarnya, doktor yang menjalankan pembedahan terhadapku dahulu sudah lama menyuruhku menjalani prosedur ini, tetapi aku rasa fobia betul nak menempuhinya, terutamanya untuk persediaan (bowel preparation) sebelum prosedur dijalankan.

Pada janji temu yang terakhir di HKL, pada bulan Mach dahulu, doktor onkologi menyediakan borang janji temu aku untuk menjalani prosedur colonoscopy di HKL. Memikirkan aku nak menjalani rawatan di HKL, lagi liat rasa hati. Aku menghubungi pakar bedahku dahulu dan akhirnya temu janji prosedur diadakan pada 21 Ogos tempoh hari. Dua hari sebelum itu, aku pergi ke HUKM untuk mengambil cecair pembersih usus yang perlu diambil sehari sebelum prosedur ...

Cecair pembersih usus

Dua botol cecair ini mesti aku minum sehari sebelum prosedur. Pada hari Rabu, aku mesti meminumnya pada pukul 7.00 malam diikuti dengan minum air kosong yang banyak. Walaupun nampak sedikit tetapi rasa dan kesannya, mmmm ... Semasa minum, rasanya alahai dan seperti nak termuntah semula dengan perut dan kepala rasa semacam. Setengah jam selepas meminumnya, aku dah mula berulang ke tandas. Pada pukul 9.00 malam, aku mesti mengambil portion yang kedua, dan sehingga tengah malam tandas aku punya! Nasib baiklah lepas tu aku stabil semula dan dapat tidur dengan lena.

Esuknya, pagi-pagi aku pergi ke HUKM (Klinik Endoskopi) untuk menjalani prosedur. Lama juga nak menunggu giliran. Sementara tu, sempat jugalah aku bertemu dengan Prof. Asma di klinik ENT. Memang sudah lama aku ingin menemui dan mengenali beliau kerana selama ini kami berhubungan melalui telefon dan SMS jer. Akhirnya, sampai juga hasrat di hati bertemu Prof. Asma yang mesra ...

Prof. Asma

Kira-kira pukul 11.30 pagi, aku dipanggil untuk menjalani prosedur. Selepas menukar kain, aku masuk ke bilik prosedur dan diberikan suntikan ubat bius. Rasa-rasanya separuh bius kerana aku separuh sedar apabila doktor menunjukkan gambar di skrin.

Malangnya, walupun semua nampak ok, di satu bahagian kolonku tidak begitu bersih dan masih ada najis melekat di situ. Oleh sebab bahagian itu tidak dapat dilihat, maka doktor memutuskan supaya prosedur ini diulang sekali lagi sebelum janji temuku dengan doktor onkologi pada hujung bulan September nanti. Walau bagaimanapun, dibahagian yang telah dibedah dahulu bersih ...

Colonoscopy report

Keadaan bekas pembedahan, cantik

Keadaan sebelum pembedahan, menggerunkan dengan ketumbuhan

Tunggu sekali lagi colonoscopy, huhu ...

3 comments:

  1. salam puan. ada cuba rawatan alternatif.

    http://b17remedikanser.blogspot.com/p/blog-page_1.html

    ReplyDelete
  2. Salam..saya nak beri cadangan untuk mencuba produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi sebagai mengajar sistem ketahanan imun badan kita dan memusnahkan terus virus dalam badan agar kesihatan terjamin..dijamin berkesan untuk rawatan leukimia,kanser dan banyak lagi..insyallah..try sngt2 produk ni..insyaallah dapat membantu..banyak testimonial yang berjaya dalam rawatan kanser dng menggunakan Transfer Factor..

    boleh tengok testimonial yang berjaya disini..

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=428201323964680&set=a.428198847298261.1073741829.428178340633645&type=1&theater

    atau visit http://4lifefortune.blogspot.com/

    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. W'salam Sdr. Alman dan Sdri. Suaida, dan terima kasih atas cadangan yang diberikan.

    ReplyDelete