Pada hari Jumaat, 22 Mach 2013, ialah pemeriksaan susulan pertamaku di HKL pada tahun ini. Yang terakhir ialah pada bulan November 2012. Seminggu sebelum itu, aku telah melakukan ujian darah. Keputusannya adalah seperti yang berikut:
Blood count - glukos tinggi tu!
Liver Function Test - LFT - Alhamdulillah, ok
Renal Funtion Test - RFT - wey, tingginya kolesterol!
Air kencing - ok
Keputusan ujian darah pada kali ini lebih baik berbanding dengan yang lepas, cuma glukos dan kolesterol masih tinggi. Sebenarnya, aku amat risau menunggu keputusan LFT, namun Alhamdulillah ... bacaan Alkaline Phosphatese, yang sebelum ini tinggi, telah kembali normal. Dengan itu, aku tidaklah risau sangat dengan keadaan liverku, tapi kena sentiasa berjaga-jaga - don't take it for granted! Dengan usahaku melakukan senaman berjalan pantas sekarang ini diharapkan semuanya (kolesterol dan glukos) akan menjad normal juga nanti, insya-Allah.
Pada hari pemeriksaan susulan, kebetulan Abah berada di darat maka Abah yang menghantarku ke HKL. Janji temu adalah pada pukul 10 pagi, tetapi memikirkan kesesakan lalu-lintas ke HKL tu maka kami keluar awal. Memang telah dijangkakan kami akan melalui kesesakan lalu-lintas. Hai, bosannya. Untuk menghilangkan kebosanan itu, aku cuba menikmati suasana persekitaran Kuala Lumpur, dan inilah hasilnya ...
Cantik pulak tengok menara KL dan bangunan berkembar tu dari jauh
Kesesakan lalu-lintas nak masuk terowong
Pengubat semasa kesesakan! hehe
Kami sampai di HKL lebih kurang pukul 9.30 pagi, dan Abah menurunkan aku di klinik onkologi dahulu sebelum mencari tempat parking. Seperti biasa, klinik ini memang ramai pesakit yang menunggu untuk berjumpa doktor onkologi. Semasa mendaftar, selalunya aku menunjukkan surat jaminan daripada DBP, tapi kali ini aku menunjukkan kad pesara! Lepas mendaftar, puaslah menunggu giliran untuk berjumpa doktor pula. Sambil tu, aku membaca majalah. Dah penat dan habis membaca main pula game internet, adoi hai ....
Sampai ke satu peringkat, aku terasa badan seperti kaku duduk lama dan bosan. Tak boleh jadi ... aku bangun dan keluar melihat Abah yang menunggu di luar klinik. Tak cukup dengan bangun jer, berjalan ke hulu ke hilir dan membuat sedikit senaman streching! Perasan juga orang memerhati, tapi aku buat tak tahu jer!
Kira-kira pukul 12 lebih barulah giliran aku dipanggil masuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, doktor yang memeriksa berpuas hati dengan status kesihatanku. Cuma, aku perlu membuat prosedur colonoscopy nanti sebelum pemeriksaan susulan yang berikutnya. Memikirkan nak menjalani prosedur ini, adoi hai ... Walau bagaimanapun, memandangkan keadaanku ok jer, maka pemeriksaan susulan adalah dalam masa 6 bulan yang akan datang, iaitu pada bulan September. Alhamdulillah ...
No comments:
Post a Comment