Hari ni merupakan pemeriksaan susulan yang pertama selepas semua rawatan kemo dan radio selesai. Sebelum tu, pada hari Isnin aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan darah. Dengan itu, aku tak perlu membuat pemeriksaan darah di HKL, yang pastinya mengambil masa yang lama (ambil darah dan tunggu keputusannya).
Aku menjangkakan pada hari Selasa keputusan akan diperolehi, tetapi Pathlab belum selesai dan menghantarnya ke klinik. Maka, pagi tadi sebelum ke HKL, aku singgah untuk mengambil keputusan ujian darah. Harap-harap adalah. Alhamdulillah, Pathlab fakskan keputusan tu ke klinik dan dapatlah aku bawa ke HKL untuk berjumpa oncologist. Hey, letihnya fikir nak pergi dan tengok HKL tu lagi ... Nasib baik pergi untuk buat pemeriksaan jer. Kalau untuk kemo, sahlah aku tak nak pergi lagi - lari!!! So, pergilah ditemani Wati ...
Melihat pada keputusan ujian darah tu, alhamdulillah ... semuanya ok, cuma kolesterol agak tinggi. Banyak sangat makan durian agaknya! Tak apalah, keputusan itu perlu dibincangkan dengan oncologist untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, berkaitan dengan penyakitku.
Meneliti keputusan itu, oncologist telah menandakan unsur-unsur yang kritikal dalam keputusan ujian darah tu, yang semuanya ok:
HAEMATOLOGY
Haemoglobin 12.7 (julat: 11.5 - 16.5)
Platelet count 266 (julat: 150 - 400)
WBC 3.6 (julat: 4.0 - 11.0)
Menurut oncologist, walaupun WBC rendah sedikit tetapi Neutrophil ok, iaitu 55 (julat: 40 - 75)
LIVER FUNCTION TESTS (LFT)
Total biliribun 13 (julat; <26)
SGPT (ALT) 11 (julat: 0 - 53)
CAE <0.5 (<5.0)
CA 19.9 (Pancreas) 4.3 (julat: <37.0)
CA 15.3 (Breast) 13.3 (julat: <28.0)
CA 125 (Ovary) 6.9 (julat: <35.0)
Yang lain-lain, semua ok kecuali yang berikut:
LIPID PROFILE
Total cholesterol 7.2 (julat: 5.2) - Tinggi
HDL Cholesterol 1.10 (julat: >1.04)
LDL Cholesterol 4.6 (julat: <2.6) - Tinggi
Triglycerides 3.2 (julat: <1.7) - Tinggi
Total/HDL Ratio 6.5 (julat: <5.0) - Tinggi
Hohoho ... tinggi yooo ... Oncologist suruh aku makan ubat kolesterol yang dibekalkan oleh doktor di klinik. Memang dari dulu, aku memang dah makan ubat kolesterol tu. Akan tetapi, semasa menjalani kemo tempoh hari, daripada keputusan darah, LFT dan ESR menunjukkan keputusan yang amat buruk, lantas aku berhenti daripada mengambil ubat tu ... Takut jugak, dahlah dulu lungs ada patch (walaupun disahkan bukan kanser), ni liver pulak macam tu ... Seram mak cik dibuatnya!!! Gerun, gerun sebab bagi kanser kolorektal, the next organ it will go is liver, then lungs ... huhuhu ... Janganlah, janganlah ...
Aku juga bertanyakan tentang chemoport yang masih tertanam lagi kat dada ni, kalau-kalau oncologist kata boleh keluarkan, tapi oncologist kata buat flushing pada janji temu yang akan datang pada bulan Mach. Well, aku akur jer, dan minta MC hingga janji temu yang akan datang.
Keluar dari HKL, aku terus ke DBP untuk menghantar MC dan urusan-urusan lain yang berkaitan di pejabat. Selesai, kami balik rumah. Lepas solat Zohor keluar ke Jusco pula nak cari buah dan sayur sikit. Selain tu, nak beli Spirulina di kedai HNF sebagai supplement tambahan. Daripada artikel yang ku baca di majalah iSihat, Spirulina ni telah membantu seorang kanak-kanak sembuh daripada kanser otak. Sebagai salah satu usaha, aku nak cuba jugalah sebab bila aku tanya kepada oncologist sama ada hospital akan memberikan aku ubat tertentu untuk aku, oncologist kata tak ada. Maka, segalanya terpulang kepadaku untuk mencari ikhtiar sendiri. I have to find my own self healings. Semoga tidak berlaku recurrance ...
Tablet spirulina yang perlu ditelan sebanyak 5-10 buji pagi dan malam |
Yang bestnya, hari ni aku jumpa satu rak sederet panjang semua makanan organik (sebelum ni tak ada). Wah, tak perlu aku pergi sampai ke KL mencari makanan dan sayur organik. Semua dah ada di Jusco berhampiran rumahku, Alhamdulillah ....
Alhamdulillah semua ok Siah, cuma kolesterol jd macam i gak, naik balik bila tak makan ubat. Jd kena makan balik, nak buat camner.
ReplyDeleteDah senja ni ada jer benda yang datang kat badan kita ...
ReplyDeleteSaya baru membaca blog ini. Kita tidak berseorang dalam melawan penyakit ini. Semoga Allah SWT memberi kekuatan IMAN untuk menghadapinya.
ReplyDeleteEn. Zaini, terima kasih dan insyaallah ...
ReplyDelete